
Latar Belakang Projek
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkenalkan sistem penyewaan dalam program Rural Transformation Center (RTC) yang bertindak sebagai pusat pemborongan hasil pertanian. Sebagai infrastruktur pasar moden, RTC menempatkan pelbagai kemudahan untuk penyewaan kepada orang awam seperti lot kedai, dewan, pejabat dan tapak memasarkan hasil pertanian.
Cabaran Projek
Pihak FAMA masih menggunakan borang bercetak secara manual untuk memproses permohonan penyewaan dari orang awam. Terdapat kesukaran bagi pemilik premis untuk menjejaki bayaran tertunggak daripada penyewa.
Penyelesaian Yang Dibangunkan
Membina borang permohonan penyewaan dalam talian termasuk automasi notifikasi melalui emel dan SMS untuk memberi peringatan kepada pemilik dan penyewa status bayaran sewa yang tertunggak. Kesemua proses ini dapat dibangunkan dengan lancar menggunakan Sistem Pengurusan BORANG.
Paparan Muka Sistem



Dengan wujudnya platform ini, pihak FAMA dapat mengurus segala permohonan dengan lebih mudah dan pantas. Kami dari pasukan BORANG ingin berkongsi kaedah menggunakan Sistem Pengurusan BORANG ini agar dapat melancarkan urusan harian agensi kerajaan. Harapan kami agar bersama kita dapat memenuhi pelaksanaan MyDIGITAL sepenuhnya sebelum 2030. Webinar boleh didaftar dipautan ini. Daftar segera.