
Latar Belakang Projek
Projek ini dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Pusat Pengurusan Pelanggan mereka yang berhasrat untuk mendapatkan pelbagai maklum balas pelanggan dari pelanggan mereka terutamanya majikan dan pekerja di seluruh Malaysia.
Cabaran Projek
KWSP menggunakan cara tradisional seperti E-mel (manual) dan Wawancara bersemuka (kertas) yang perlu di tambah baik. Penyimpanan data juga diuruskan secara manual yang menyebabkan masa yang diperlukan untuk pengumpulan data mengambil masa yang lama.
Penyelesaian Yang Dibangunkan
Membangunkan Sistem Pengurusan Kaji Selidik menggunakan platform BORANG khas untuk KWSP bagi menguruskan pelbagai kempen kaji selidik dengan mudah. Sistem ini juga boleh menghantar borang kaji selidik melalui banyak cara (emel, web, dan lain-lain) kepada pengguna. Aplikasi mudah alih turut dibangunkan, yang membolehkan sistem ini digunakan di kawasan luar bandar yang tidak ada liputan Internet. Semua data disimpan dalam pangkalan data dengan analisa data tersedia untuk tujuan pengurusan data yang lebih cekap, kemas dan teratur.
Paparan Muka Sistem

