Berita

Perkhidmatan Awan Dan Keselamatan Siber Bantu Kerajaan Perluaskan Perkhidmatan Pintar

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan untuk Kerajaan Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhiddin Yassin pada 12 April 2021 di Pusat Data Teras Lembah Klang (KLVDC), Kompleks TM menyasarkan kebolehan sektor kerajaan memperluaskan perkhidmatan pintar baharu dengan segera di pelbagai agensi dengan kos pelaksanaan yang lebih minima. 

Perkhidmatan berkenaan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh iaitu termasuk infrastruktur-sebagai-perkhidmatan, platform-sebagai-perkhidmatan, perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan profesional awan serta perkhidmatan awan terurus bagi kerajaan.

Melalui strategi ‘Cloud First’, kerajaan menyasarkan pemindahan 80 peratus data awam ke Sistem Awan Hibrid atau ‘Hybrid Cloud System’ menjelang tahun 2022 sebagai tindakan untuk memperkasa perkhidmatan pengkomputeran awan bagi sektor awam.

Cloud Connect telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan terurus TM, untuk mempermudahkan lagi penerimaan awan bagi agensi kerajaan. Di majlis tersebut juga, menteri telah menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan Cloud Connect Sdn Bhd untuk Panel Pengkomputeran Awan Berpusat TM serta Penyedia Perkhidmatan Terurus TM.

Penyerahan surat lantikan sebagai Penyedia Pekhidmatan Awan bagi kerajaan juga telah diberikan kepada Pengerusi TM, Tan Sri Mohd Bakke Salleh oleh perdana menteri sebelum membuat lawatan ke KVDC yang mempamerkan ekosistem Awan dan Keselamatan Siber TM ONE.

Kami dari pasukan BORANG mengambil pendekatan ini untuk berkongsi dengan agensi kerajaan mahupun swasta untuk bersama-sama melakukan sepenuhnya perkhidmatan atas talian bagi memudahkan keseluruhan rakyat Malaysia. Webinar kami akan berlangsung setiap hari Khamis pada setiap minggu agar kami dapat berkongsi cara membina perkhidmatan atas talian dengan lebih mudah, cepat dan jimat. Pendaftaran boleh dilakukan segera disini.

Kredit Gambar dari PMO

Related posts
Berita

Perkukuh Inisiatif Digital Kerajaan Untuk Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Awam

Berita

Kerajaan Lancar Dasar 4IR Bagi Memacu Transformasi Sosioekonomi Dengan Teknologi Termaju

Berita

Semua Bayaran Perkhidmatan Kerajaan Dibuat Secara Tanpa Tunai Bermula 2022

Berita

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda