
Pengurus Borang (Form Manager) adalah bahagian terpenting didalam aplikasi Sistem Pengurusan BORANG. Anda dapat melihat di sini semua borang yang telah anda bina dan semua tindakan yang dapat dilakukan pada setiap Borang. Sebagai contoh, anda boleh mengakses permohonan pengguna, melihat laporan, melihat statistik dan banyak lagi.
Untuk mengakses Pengurus Borang, klik menu “Urus Borang” di bar navigasi.

Didalam laman ini anda boleh membina Borang baru dengan klik di Buat borang Baru, anda juga boleh memilih templat sedia ada.

Klik ‘Tindakan’ Untuk melihat tindakan yang boleh dilakukan ke atas borang. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah:
- Lihat Maklumat
- Bina Borang
- Tetapan
- Peraturan Kondisi
- Urus Surat
- Lihat Borang
- Embed & Kongsi
- Permohonan
- Laporan Permohonan
- Analitis Borang
- Salin
- Padam

Pelbagai lagi tindakan yang dapat dilakukan ke atas sistem yang dibina. Sekiranya pihak Tuan dan Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut betapa mudahnya membina borang menggunakan sistem ini boleh menyertai Webinar secara percuma pada masa yang terdekat ini.
Terdapat juga beberapa kajian kes yang boleh dijadikan rujukan seperti Sistem yang dibangunkan untuk agensi JKR, TERAJU dan juga KWSP.