Kajian Kes

Building Condition Assessment Rating System – JKR

Latar Belakang Projek

Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan ujian penilaian, pemeriksaan dan penarafan keadaan bangunan bagi pelbagai infrastruktur di seluruh Malaysia. Ujian ini dibuat secara berkala dan melibatkan sumber tenaga manusia yang ramai untuk menampung jumlah bangunan yang banyak untuk diperiksa.

Cabaran Projek

JKR masih menggunakan borang manual bercetak untuk semua proses. Pegawai pemeriksa menggunakan kertas untuk merekod pemerhatian yang menyebabkan sering berlaku kehilangan data dan kesilapan data. Laporan ujian penarafan setiap bangunan juga mengambil masa yang sangat lama untuk disediakan kerana dilakukan secara manual.

Penyelesaian Yang Dibangunkan

Building Condition Assessment Rating System (BCARS) adalah sistem automatik yang bertujuan untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja dalam proses ujian penarafan bangunan. Sistem ini membolehkan pengurus melantik pegawai pemeriksa dan memberikan tugasan secara atas talian.

Sistem ini juga dibangunkan bersama aplikasi mudah alih bagi membolehkan pegawai pemeriksa terus mengisi maklumat ketika di lokasi, walaupun lokasi tersebut tidak ada liputan Internet. Data maklumat dan gambar juga disimpan serta-merta apabila aplikasi disambungkan dengan internet. Fungsi khas ini dibina untuk menjana laporan dan analisis pemeriksaan secara automatik.

Paparan Muka Sistem

Rekabentuk Log Masuk Pengguna
Rekabentuk Aplikasi Mudah Alih
Related posts
Kajian Kes

Portal Good Regulatory Practice (GRP) - MPC

Kajian Kes

Sistem Pengurusan Penyewaan - FAMA

Kajian Kes

Sistem Pensijilan Global ACE - CSM

Kajian Kes

Sistem Pengurusan Kaji Selidik - KSWP

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda